BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Popular Posts

Monday, January 3, 2011

the coke



10 kebaikan air Coke Cola 

Fakta seperti yang tersenarai dibawah
adalah kajian santifik
yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke :
Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US ,
kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di
jalanraya apabila berlaku
kemalangan.
macam pasukan SMART dan
bomba kita tu, Harzadous Team.
Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis
Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di
rumah diharap dapat
mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk
yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam
masa 2 hari. Elok untuk
yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan
setin air Coke dalam tandas
dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan
kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang
berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun
dah habis! rasa-rasa buat sabun badan 
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat
dari bumper kereta jenis
chrome : Lap bumper dengan aluminium
foil yang dicelup dengan
Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan
kesan 'corrosion' atau hakisan pada
skru/nat bateri kereta : Tuang saja
setin Coke pasti kesan
hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang
berkarat dan ketat : Sekali
lagi tuang setin Coke, skru tersebut
pasti longgar dan boleh
dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan
minyak/lekit dari pakaian :
Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh
bersama sabun pencuci
dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu
pasti hilang. Kemudian
bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke. 

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala
dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak
payah guna tin sembur
cuci cermin macam jual di Yawata tu
kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric
asid. Ia mempunyai pH 2.8.
Ia boleh meleburkan sebatang paku
dalam masa 4 hari. Kilang
Perwaja/besi mesti suka ni!
8. Asid tersebut juga menghakis
kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan
punca utama kearah
penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap
Coke dalam lori tangki, pasti
dilengkapi dengan tanda amaran 'Bahan
Kimia Bahaya' atau'Bahan
Penghakis : bahaya'. Lori tangki itu
juga diselaputi bahan
penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong
jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada
tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawa kereta, putus 2 sebab
hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah
menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak
20 tahun. Wahh...mesti
buat overhaul ni! 

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh
satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu
kat rumah dan minum
mesti termuntah tapi tambahkan citric
asid, mesti muka
tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! rasa macam minum Coke
berperisa kopi. Asid tersebut akan
bertindak terhadap lidah
untuk memberi signal kepada otak
bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah dengan otakpun
kena tipu. Semua minuman
ringan menggunakan asid yang sama. Tak
kiralah Pepsi. 7-up,
Drinho, Yeos, Milo , F&dan dll. Sama
saja! Anak bapak dan Keluarga
69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine.
Asal minuman Coke adalah
dicipta untuk meghilangkan rasa letih
dan mengkhayalkan untuk
para pekerja buruh. macam candu masuk
China dulu. Antara isi
kandungannya adalah ekstrak dari daun
coca dan kacang
Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola
tu. 
10. Cuba rendamkan gigi dalam satu
mangkuk
Coke, pasti gigi tu hilang/lebur
dalamasa 24-49 jam. Yang mana
sakit gigi, try cara ni, agaknya-
agaknya gigi tu boleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi
suka sangat minum Coke,
sama saja! Anda minum Caffein, bahan
yang sama dalam 2 minuman
tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan
Chattisgarh secara
spesifiknya, para peladangnya
menggunakan Coke sebagai semburan
untuk membunuh serangga perosak dalam
ladang kapas dan cili
mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
siapa ada tanam pokok
cili kat rumah tu, semburlah Coke
untuk bunuh serangga. Cili tu
rasa pedas manis berperisa coke
agaknya? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur
berbangsa Yahudi 100%. kat
Mekah ada Mecca Cola. Betul ke? Yang
pernah pergi Mekah boleh
confirm agaknya?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke
tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju,
buka nat skru, cuci tandas
, sembur serangga dll. Rupa-rupanya
Coke ni boleh dibuat bahan
gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat
rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika
tak percaya. Yang mana tak pass sains
khasnya kimia dulu masa
sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.

asal usul hri ibu

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.


ASAL USUL HARI IBU


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.




Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.




Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.




Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.




Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.




Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.




Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

0 comments: